Blogger Backgrounds

Saturday, December 22, 2012

exam mood !!


FINAL EXAM AROUND THE CORNER !!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)




Rasanya dah lama x update blog ni .. maklum sahaja sibuk study ( kononnya laaa ) . sebenarnya xde masa yg ckup byk dan kemalasan utk menaip yg menyebabkan blog ini tidak ter‘update’ .
OK.. lets move to our main topic .. musim final exam sudah bermula . study week sudah bermula . agak risau sebenarnya . ramai kawan2 saya yg menghadapi MOOD yg sama . malas nk study ?? exactly !!
Semoga kawan2 , sahabat2 , dan teman2 seperjuangan kuat untuk mengahadapi semua ujian di musim final ini (: stress dan penat disebabkan assignment yg byk , keja yg x siap , masih byk chapter yg x cover .. insyaAllah masih sempat untuk buat semua tu sebelum exam .. ayuh tajdid niat . study kerana Allah , exam kerana Allah . ilmu yg kita dapat hari ini semuanya dtg dari Allah . manfaatkan ilmu yg diberi . Jangan SOMBONG dengan ilmu yg ada , sebarkan dan kongsikan ilmu yg kita dapat dengan orang lain .. 


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari

Lawan semua sikap malas yg ada dlm diri ! focus pada study . ketepikan dulu soal hati . in shaa Allah semoga kita semua dapat jadi anak, pelajar dan sahabat yg soleh dan solehah (: ~hablumminallah wahablumminannas~ jaga hubungan kita sesama manusia .
Jaga diri di musim final exam ini . study , study dan study . tp , jgn lupa pada santapan rohani jugak . lakukan amalan2 sunat . selalu dalam wudhu’ . mulakan telaah pelajaran dengan baca doa .









Doakan saya dan kawan2 dapat lakukan yg terbaik dalam exam nanti . semoga antum , antumna juga begitu .. bittaufiq wannajah !! bihifzillah .. ^__^



BITTAUFIQ WANNAJAH !! 

BITTAUFIQ WANNAJAH !!!
EXAM MOOD >__<

Friday, August 3, 2012

rindunyaaa time sekolah ! :')

assalamualaikum .. lama sudah x update blog ni :) sbb xtahu nak tulis apa dan x sempat nk luang masa untuk blog ni .. huhu .. ok . back to our topic . mesti anda semua pun rasa yang zaman persekolahan ni paling best kan . yess! that what i think . seronok sangat time sekolah dulu, especially time sekolah menengah .. ramai kawan2 ,, buat benda sama2 . makan time rehat sama2 .. buat bising sama2 .. buat keja sama2 .. wahhh .. miss that moment much much more >,< rasa macam nk kembali je ke zaman tu . tapi, masa x boleh diputar kembali.. apa yang paling penting adalah masa lalu jadikan sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita lalui hari2 mendatang .. time sekolah dulu bila dengan kawan2 .. ada masa hepi, sedih, susah, senang .. ada masalah cerita kat kawan2 , kongsi masalah, ada tempat untuk meluahkan . kongsi rasa hepi , bercerita .. gaduh, merajuk, menangis, memujuk .. semuanya adalah lumrah hidup .. dan kita dalam proses mematangkan diri . i miss all my buddy.. mereka telah membuatkan zaman persekolahan saya amat bermakna .. sayang kamu semua <3



ukhwah fillah abadan abada :') 

Wednesday, April 25, 2012

DEMI MASA !


DEMI MASA !
Masa berlalu amat pantas .. tup tup dah malam .. masa yang tidak dimanfaatkan akan berlalu dengan sia-sia .. ya Allah .. indahnya jika masa2 itu dipenuhi dengan berzikir kepadaMU , bermunajat kepadaMU .. ya Allah .. peliharalah hati hati kami .. tetapkan kami diatas jalanMU .. semoga kami menjadi hambaMU yang tidak membuang waktu dengan sia2 .. ayuh ! kita muhasabah diri .. apakah selama kita hidup ini kita dah bahagiakan DIA ? apakah kita dah bahagiakan ibu bapa kita ? teman-teman kita ? saudara-saudara seislam kita ?? apakah cukup dengan apa yang kita lakukan selama ini ? apakah kita akan hidup untuk lebih lama lagi ?? masihkah ada ESOK untuk kita ???  sama2 kita muhasabah wahai teman ..
                Ya Allah .. rasa baru je masuk tahun 2012 . sekarang dah bulan 4 ! x lama lagi dah nak puasa .. Alhamdulillah .. semoga kita semua masih sempat dengan ramadhan pada tahun ini .. semoga masih ada waktu untuk kita .. masa semakin singkat untuk kita .. masa untuk kita berada di atas bumi Allah ini semakin singkat .. gunakan masa yang masih ada ini dengan sebaiknya .. jangan sia-siakan waktu yang ada ..


Mafhum surah al- ‘ashr :
(1)Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (al ‘ashr : 1-3 )



Rasulullah s.a.w. bersabda :

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
i.MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI


Semoga kita sentiasa memuhasabah diri =) pesanan buat diri sendiri dan semua .. apa yang baik itu datangnya dari Allah , apa yang kurang itu sesungguhnya datang dari diri saya sendiri .. may Allah bless ..

Saturday, February 11, 2012

kuatkah imanku ??


copy paste :) 


Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost that your so alone,
All you is see is night,
And darkness all around,
You feel so helpless,
You can't see which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Insha-Allah...
Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu Insha-Allah nyanyian penyanyi arab terkenal, Maher zain. Oleh sebab lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu, aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit. Tanganku pantas meraba ke bawah bantal mencari telefon bimbitku. ”Hah,dapat pun!” Dengan bersusah payah aku membuka mata dan...
Astaghfirullahalazim! 6.07 pagi?
Aku kesiangan lagi pagi ini dan yang paling menyedihkan solat Subuhku ‘gajah’ lagi. Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh di Mesir masuk waktu seawal sekitar 4.15 pagi. Masuk pagi ini sudah tiga kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh.
Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil. Langkahku dipercepat. Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh. Biar sudah terlambat, solat harus dikerjakan dan keampunan harus kupinta daripada Yang Maha Pengampun.
Matahari semakin terik. Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku. Mujur kelas selama enam jam berturut-turut sudah pun tamat, alhamdulilah. Namun ada sesuatu yang kukesali. Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu medik kepada kami, nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.
Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini. Muhasabahku mengingatkan aku kepada solat Subuh yang terlewat pagi tadi. Mungkin inilah akibatnya apabila solat Subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya. Bibirku melafazkan istighfar lagi.
Setibanya aku di asrama MARA, aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat Asar berjemaah. Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘menghadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah ku perbuat. Usai solat, wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku pada-Nya masih berbaki.
Satu jam lagi Madrasah al-Razi akan bermula. Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami, tambahan pula memang aku sudah terbiasa belajar selepas solat Maghrib. Untuk mengisi masa lapang ,ku buka komputer ribaku untuk menyemak emel. Tiba-tiba ‘offline message’ dari Kak Mardhiah, mahasiswi usuluddin Universiti Al-Azhar muncul di skrin.
Dalam hadis Nabi S.A.W disebutkan:
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Aku terkedu. Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri. Tidak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah S.W.T. Air panas yang terkena di tanganku semasa membancuh teh pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit, apatah lagi azab Allah yang maha pedih.
”Nauzubillah min zalik,” ucapku dalam hati.
Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat Subuhku. Aku cuma terlewat bangun kerana kepenatan belajar sehingga terbawa-bawa ke dalam lena yang panjang. Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina. Ah, lama sungguh aku melayan perasaan. Madrasah al-Razi bakal bermula sebentar sahaja lagi.
Tingkat 3 bangunan MARA Iskandariah sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti biasa, bilangan akhawat melebihi bilangan ikhwah yang hadir. Tidak lama kemudian,Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai ‘Akhi Salman' di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.
Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman, kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di Fakulti Perubatan. Meskipun sistem pembelajaran tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa, tumpuanku agak terganggu dengan kehadiran ikhwah yang seorang ini.
Petang ini, dia kelihatan bersahaja memakai baju melayu berwarna biru laut, warna kesukaanku. Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku. Ah, Allah memang sengaja ingin menguji keimananku. Pandanganku asyik tertumpu ke arah pemuda itu. Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya. Mungkin kerana akhlaknya yang baik, ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta berkepimpinan, tetapi dia tidak pernah mengetahui bahawa aku mengaguminya dalam diam. Cuma terdaya memandangnya dari jauh.
Lamunanku terhenti apabila ustaz menyentuh bab hati. Tumpuanku bertambah semula. Ada kata-kata ustaz yang merenggut ketenangan di hatiku. Kata ustaz, semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaran-Nya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:
”Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”
"Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah tidak akan bertanya lagi. Jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?"
Aku terus tersentak. Kelas Madrasah al-Razi kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku. Dadaku terasa bagai dihempap. Sedih, terkilan, menyesal, semuanya menjadi satu. Seisi kelas terdiam seribu bahasa bagai bermuhasabah sendiri pada waktu itu juga. Ya Allah, orang yang melaksanakan solat, tiang agama-Mu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tetapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini. Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini.
Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang pemuda itu lagi. ”Maksiat mata!”, bentak hatiku. Aku bertekad, perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan Syaitan. Ya! Aku harus kuat untuk menjadi Muslim yang sejati. Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis hanya pada nama, tetapi biar terzahir pada hati, lafaz serta perbuatanku.
Allahuakbar, allahuakbar....
Azan sudah pun berkumandang. Alhamdulilah, pada kali ini aku berjaya menunaikan solat Subuh pada awal waktu. Aku berasa sangat sehingga di kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir, ada air mata keluar berlinangan dari kelopak mataku. Alangkah indahnya jika kita sentiasa hidup dalam keimanan. Alhamdulilah...

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KELANTAN


…Assalamualaikum…

                Ni nak cerita pasal uitm ckit . yang lebih tepatnya time minggu destini siswa (mds) iaitu minggu orientasi tuk pelajar baru . aku salah seorang peer mentor atau pemimpin mahasiswa time MDS tu . first time.. mmg best ! penat ! seronok ! semua ada … huhuhu..:’)
Kursus PMDS ‘terbaeeekkk’
First, aku sampai kat uitm tuk daftar kursus PMDS ( pemimpin minggu destini siswa ) tu kul 8 . hahaha . mmg awal kot.. tp, ada lg yg awal dr aku . iaitu yani or PM YANI a.k.a pm biro kesihatan.. aku rapat ngan dia r time mds ari tu.. pastu kitorang g daftar kat HEA.. then, g letak barang kat bilik iaitu kolej TAR a.k.a kolej bdk laki sebelum ni.. pihak utim letak kitorang kat situ sbb dkat dgn bilik HRDA . mula2 time nk knlkn diri uh agak gementar jgak nk ckp dpn org x knl an.. lgpun kebanyakan da ada pengalaman jd peer mentor nihh . pastu makin lama makin knl la dengan mereka semua.. tp, x rapat lagi dan aku still malu2 lagi dengan diorang semua.. hehehehe :D
Second, lepas kitorang habis kursus uh.. blh la rehat2 ckit.. tp, ckit je.. mlm tu kitorang start keja balik.. pegi cek bilik dan signnage kat setiap blok kolej.. divide kpd bbrp kumpulan.. bukan tu je,, buat name tag student, buku tuk diorang dan mcm2 lg… dengan hny seramai 35 orang peer mentor shj ! huhu . mmg kalau nk diikutkan penat an.. tp, kami yg mohon tuk jd PM tu.. so, buat la keja tu kan J
            Ok.. bdk2 baru da dftar hari pertama.. dan kami x sangka sbb yg klik stuju hnylah 800 org shj.. tp, yg menghadirkan diri untk mendaftar adlah seramai seribu lebih.. mmg terkejut sgt2. Time pendaftran tu.. mmg teramat sibuk dan aku ditugaskan sbg deejay :D hehe (mmg suara amalina je yg berkumandang pd hari tu) nsib baik masih ada suara lps tu.. ^^ dgn pelbagai kerenah oleh ibubapa, mahasiswa2 baru , dgn kehilangan barang2, tertinggal beg, mcm2 dugaan.. smpaikan kami barisan peer mentor ad jugak yg dimarahi oleh ibubapa.. termasuklah sy sendiri ditegur oleh seseorg >,< ok, sy blh terima,, kita x tahu kesalahan kita kalau org x tegur kan ?? J terima dgn hati yg terbuka apa yg ditegur.. semasa pendaftaran tu, tiba2 hujan.. mmg itu yg kami takutkan.. kami barisan PM basah, ad yg mmg basah teruk, tmbah2 yg jd runner time tu..tp, ini semua dugaan dan ujian.. so, kami hadapi ,, demi adk2 junior yg tercinta J
            Alhamdulillah.. sepanjang mggu orientasi , kami masih mmpu mengawal student2 baru . walaupun ad yg pengsan, mrh2, x ikut disiplin.. biasa la tu.. kami sbg senior dh buat yg termampu . sbb tu laa trademark kami adalah “HELP OVER THE LIMIT , STAND TOGETHER” pengalaman yg paling berharga =) susah sng dihadapi bersama . semoga adk2 tdk melupakan kami.. jika anda menghormati kami . kami juga akan menghormati anda ^^ ni adalah antara gmbar kami . pada hari pendaftaran ^_^



hari peNdAftarAn mahAsiswA dan MahasIswi baRu


hAri TerakHir MDS

portfolio saya adalah BIRO PEMBANGUNAN INSAN =)
pengalaman yang cukup bermakna :')